Visi SMK Sandakan Menjadi Sekolah Bestari Gemilang Pada 2010 Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Aspirasi 2020. Misi SMK Sandakan akan menjadi GEMILANG melalui :
1. Kepimpinan berwawasan 2. Pengurusna Organisasi yang cekap dan berkesan
3. Pengurusan program pendidikan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkualiti tinggi.
4. Pembangunan sahsiah dan kemenjadian pelajar yang harmonis dan seimbang.
- Pada tahun 1966, nama asal SMK Sandakan ialah Sandakan Secondary School dan berupa sebuah sekolah tumpangan dengan aliran pengantar Bahasa Inggeris.
- Aliran pengantar Bahasa Melayu diperkenalkan pada tahun 1969.
- Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Sabah membina bangunan tetap SMK Sandakan di Batu 1½, Jalan Labuk Sandakan pada tahun 1973. Pembinaan ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia.
- Pada tahun 1988, SMK Sandakan mencatat sejarah mempunyai lebih 1000 orang pelajar Tingkatan 1.
- Kini, SMK Sandakan merupakan sebuah sekolah dua sesi dan bergred A, dengan tenaga mengajar lebih 70 orang dan mampu menampung lebih daripada 1500 orang pelajar.
- 23 buah bilik darjah telah disediakan untuk pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan pelajar menengah atas (Tingkatan 4, 5 dan 6).