Latar Belakang Sekolah

Posted by SMKS Admin On August - 18 - 2009

SMK Sandakan asalnya ialah ‘Sandakan Secondary School’ ditubuhkan pada tahun 1966. Ia bermula sebagai sebuah sekolah tumpangan yang meminjam bangunan Sekolah Rendah Cheng Meng, Sandakan. Aliran pengantarnya ialah Bahasa Inggeris dengan pembukaan 4 buah kelas peralihan dengan bilangan pelajarnya seramai 162 orang. Jumlah tenaga pengajarnya ketika itu hanya 5 orang sahaja.

Pentadbiran SMKS

Posted by SMKS Admin On August - 18 - 2009

SMK Sandakan dipimpin oleh Pengetua Pn Hjh Rodiah Bt Hj Ahmad Untung, Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Hafil Hashim, Penolong Kanan HEM, En Adnan Mohd Raffi, Penolong Kanan Kokurikulum, En Lee Chi Wee, dan Penolong Kanan Sesi Petang, En.Fazman Mohd Yatim

Tenaga Pengajar

Posted by SMKS Admin On August - 18 - 2009

Sehingga tahun 2009,SMK Sandakan mempunyai seramai 87 orang guru...

Hari Unit Berunifom 2009

Posted by SMKS Admin On August - 18 - 2009

Hari Unit Berunifom pada kali ini telah telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato Sri Panglima Hj Ampung

Pelancaran Program KRK Negeri Sabah

Posted by SMKS Admin On August - 18 - 2009

Bertempat di SMK Pekan II,Kota Belud, Majlis pelancaran program KRK ini telah dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun,Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,merangkap exco pendidikan negeri sabah

Latar Belakang Sekolah

Posted by smks blog admin On 4:13 PM

  • Pada tahun 1966, nama asal SMK Sandakan ialah Sandakan Secondary School dan berupa sebuah sekolah tumpangan dengan aliran pengantar Bahasa Inggeris.
  • Aliran pengantar Bahasa Melayu diperkenalkan pada tahun 1969.
  • Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Sabah membina bangunan tetap SMK Sandakan di Batu 1½, Jalan Labuk Sandakan pada tahun 1973. Pembinaan ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia.
  • Pada tahun 1988, SMK Sandakan mencatat sejarah mempunyai lebih 1000 orang pelajar Tingkatan 1.
  • Kini, SMK Sandakan merupakan sebuah sekolah dua sesi dan bergred A, dengan tenaga mengajar lebih 70 orang dan mampu menampung lebih daripada 1500 orang pelajar.
  • 23 buah bilik darjah telah disediakan untuk pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan pelajar menengah atas (Tingkatan 4, 5 dan 6).

0 Response to "Latar Belakang Sekolah"

Post a Comment